Portal Sekolah Menengah Kebangsaan Balleh


*Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

         Syukur kepada Tuhan kerana dengan izinnya terbina juga sebuah laman web SMK Balleh, Kapit yang telah diusahakan  oleh Unit ICT SMK Balleh yang telah menggembeling tenaga dan buah fikiran untuk merealisasikan laman ini. 
          Pada alaf ICT dan Teknologi yang semakin canggih ini sudah semestinya sesebuah organisasi dapat dicapai melalui Internet agar segala maklumat dan data yang diperlukan boleh diperolehi dengan cepat dan mudah tanpa meminta, membuat temujanji dan sebagainya. Inilah medium yang paling baik dan berkesan untuk memberikan perkhidmatan pada bila-bila masa dan di mana jua sekalipun dengan adanya talian/capaian Internet. 
          Komen yang membina daripada pengunjung amatlah dialau-alukan agar dapar memantapkan lagi portal ini demi untuk kebaikan bersama bagi meningkatkan taraf pendidikan di negara kita.  

         Terima kasih di atas kunjungan anda semoga anda akan mengunjungi lagi Portal SMK Balleh, Kapit.